PANDUAN MENULIS KARANGAN RUMUSAN
BAHASA MELAYU SPM
- Proses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam
petikan.
- Proses mengasingkan isi utama dan isi sampingan, huraian
dan bukti.
- Panjang rumusan mestilah mematuhi arahan (tidak melebihi
120 patah kata)
- Jumlah isi minimum 8. Isi tersurat (6) dan isi tersirat (2) boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah perkataan)
- Isi tersurat : 6 5 4 3 2 1 7 6 5 6
- Isi tersirat : 2 3 4 5 6 7 1 2 3 2
- Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin
secara terus.
- Rumusan perlu ditulis dalam 4 perenggan iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.
PEMBELAJARAN HARI INI (28/10/2014)
...PENDAHULUAN...
Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
a. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
b. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
• Faktor / sebab / punca/ elemen
• Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah
• Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat /
kebaikan / kepentingan
• Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
• Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.
• Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-
usaha / tindakan - tindakan/pendekatan
/strategi/modus operandi
CONTOH SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang
1. FAKTOR-FAKTOR (kata kunci isi tersurat)
yang menghalang pembangunan sukan dan
2. KESAN-KESANNYA (kata kunci isi tersirat).
• Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam
petikan/ teks dan dapat dikesan berdasarkan arahan soalan.
• Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat
mestilah berkaitan dengan faktor.
• Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya
mengandungi lebih daripada 6 isi tersurat.
• Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan
petikan.
• Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan
perhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja.
• Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat
daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit
penggubahsuaian dari ayat asal.
• Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi
mesti lengkap.
• Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti
perkataan-perkataan yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual
yang berikut)
Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi
tersurat
1. Punca =
Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /
2. Kesan = Dapat /
telah / mampu /
berupaya /akan / boleh mendatangkan /
menjadikan /menyebabkan
/ membolehkan /
meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.
3. Langkah =
Hendaklah / perlu / mesti / harus /
wajar / boleh / sepatutnya / wajib
Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata
kunci dalam ayat-ayat petikan , pelajar boleh juga menentukan isi tersurat
berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda Wacana sebagaimana jadual yang
berikut:
Mengenal pasti Penanda Wacana dalam petikan
1. Walaupun… / Namun begitu. (Pertentangan
maklumat)
2. Selain itu, Lebih daripada itu, Di samping,
dan, serta, (Kesinambungan maklumat / idea
/tambahan)
3. Natijahnya, akibatnya, (Kesan)
4. Juga, malahan (Kesinambungan)
5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu,
(Sebab)